Artikel

Rakan Pemandu Grab Kini Berpeluang Raih Bonus, Nikmati Petrol Percuma – Sempena Hari Raya

Bersempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, Grab kini melancarkan kempen Raya Lagi Mantap Bersama Grab dengan menawarkan rakan pemandu pelbagai ganjaran menarik dan berupaya menjana pendapatan tambahan bersama penjimatan sehingga RM2,000 bagi tempoh sehingga 30 April ini.

Antara perincian manfaat tersebut adalah – rakan pemandu boleh meraih petrol percuma bernilai sehingga RM500. Di mana dengan hanya melengkapkan dua perjalanan sehari, rakan pemandu akan memperoleh Baucar Petrol Percuma, ini bermakna sekiranya rakan pemandu berjaya melengkapkan 60 trip sebulan dalam 3 bulan pertama memandu bersama Grab – rakan pemandu dapat meraih manfaat petrol percuma sehingga RM500.

Seterusnya, manfaat lain yang turut disajikan pada kempen Raya kali ini – rakan pemandu juga berpeluang meraih bonus tambahan sehingga RM750 dengan mengajak sekurangnya 3 ahli keluarga atau rakan terdekat untuk menyertai Grab dan dapat menikmati tambahan RM50 bagi setiap penyertaan tersebut.

Tidak hanya itu, Grab bagi tempoh sehingga 19 April ini – turut ingin membantu rakan pemandu menjana pendapatan tambahan dengan pemberian bonus sehingga RM1,000. Untuk memperolehi faedah ini, rakan pemandu perlu menggandakan perkhidmatan Grab serta melengkapkan tugasan trip mereka sebanyak yang mungkin. Pemberian bonus ini akan diberikan berdasarkan prestasi trip pemanduan rakan pemandu yang tersedia pada carta kedudukan di aplikasi pemandu.

Selain itu, untuk merancakkan lagi sambutan perayaan – Grab turut membuka peluang rakan pemandu bersama rakan penghantar memenangi faedah ubah suai rumah bernilai RM20,000 dengan melaksanakan perbelanjaan minimum RM1,500 pada satu transaksi melalui Shop Now Pay Later. MelaluiĀ  manfaat ini, semua rakan pemandu dan penghantar turut berpeluang memenangi Duit Raya secara pulangan tunai bernilai RM125.

Sebarang maklumat lanjut, boleh merujuk pada pautan Raya Lagi Mantap Bersama Grab untuk penjelasan lanjut.