Artikel

Kenderaan Warga Asing Memasuki Malaysia, Akan Dikenakan Caj VEP – Secara Berperingkat

VEP, iaitu caj permit bagi kemasukan kenderaan persendirian warga asing akan mula dilanjutkan dan dikenakan secara berperingkat ke atas pengguna kenderaan asing yang memasuki Malaysia. Perincian ini telah dimaklumkan oleh Kementerian Pengangkutan ketika sesi penggulungan perbahasan RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) dilakukan pada sidang Parlimen hari ini.

Seperti yang umum sedia maklum sebelum ini VEP dimulakan di sempadan Malaysia-Singapura. Kelak ia akan dilanjutkan pada sempadan Malaysia-Thailand dan Malaysia-Indonesia di Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun langkah tersebut dimaklumkan memerlu suatu tempoh untuk dilaksanakan di sempadan berkaitan. Setakat ini hanya Akta 715 memliki kawalan kuasa ke atas kenderaan perdagangan asing, Sementara persendirian pula tertakluk di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MOT memaklumkan usaha sedemikian akan diperincikan dan dari semasa ke semasa untuk makluman semua pengguna kenderaan tempatan dan warga asing. Secara menyeluruh sidang Parlimen telah sepakat mencapai RUU berkenaan diluluskan melalui undian suara di Dewan Rakyat.