Walaupun berlakunya pertikaian berkaitan langkah pentadbiran menyahsenaraikan cecair vape bernikotin pada Akta Racun 1952, Perdana Menteri Anwar Ibrahim kekal menegaskan pihaknya akan meneruskan usaha untuk membanteras gejala merokok, vape dan penjualannya dalam kalangan masyarakat negara.
Tindakan itu akan disusuli dengan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan kawalan produk merokok termasuklah rokok elektronik – yang akan dilaksanakan pada Mei ini.
PM Anwar mengakui penangguhan RUU berlaku berikutan terdapatnya maklum-balas yang tinggi dari pelbagai pihak, yang menuntut penelitian semula dilaksanakan oleh KKM bersama ahli Parlimen. Namun tindakan penangguhan ini tidak bererti pentadbiran menolak akan usaha melandaikan gejala merokok.
Selain jaminan pembentangan RUU, PM Anwar turut memaklumkan kempen kesedaran berkaitan gejala merokok akan terus digandakan untuk beri pendedahan meluas kepada masyarakat, kesan disebalik amalan merokok.