Artikel

Starbucks Disasar Raih Peningkatan Jualan, Kesan Penurunan Harga Biji Kopi 

Berjaya Food Berhad dijangka bakal meraih manfaat pada jualan Starbucks, ekoran penurunan harga biji kopi semasa. Berdasarkan tinjauan semasa pengeluaran biji kopi terus meningkat dikala permintaan mulai perlahan telah menyebabkan harga biji kopi di pasaran ketika ini kekal di bawah tekanan.

Susulan dinamik itu, tinjauan Hong Leong Investment Bank (HLB) melihat jualan Starbucks akan kembali memacu peningkatan meskipun pada akhir 2022 pihaknya telah bertindak meningkatkan harga minuman ke atas pengguna.

Malah operasi Starbucks juga dilihat terus mengukuh, apabila BFood merancang untuk membuka sehingga 40 cawangan Starbucks baharu dalam tempoh terdekat. Tidak hanya Starbucks, BFood turut optimis akan peningkatan jualan pada jenama Kenny Rogers Roasters di pasaran semasa.