RHB Bank dan Boost Holdings kini telah bekerjasama dalam membentuk sebuah entiti baharu dinamakan Boost Berhad. Entiti baharu ini akan memfokuskan kepada pembangunan bank digital, selepas mereka menerima pengesahan daripada Bank Negara Malaysia sebelum ini.
Boost Berhad ini telah dibentuk secara rasminya pada 1 Mac 2023 lepas, dan turut akan disuntik dana modal sebanyak RM100 juta. Dibawah kerjasama kedua-dua pihak, Boost akan memegang saham 60% dan menyuntik RM60 juta, sementara RHB Bank pula akan memegang 40% saham, dan menyuntik RM40 juta.
Dengan penyelesaian pembahagian saham dan penyuntikan dana modal ini, seterusnya Boost Berhad akan ke langkah seterusnya dalam mendapatkan pengesahan fasa seterusnya sebagai bank digital di Malaysia.