Artikel

PM Anwar : Tiada Keperluan Untuk Terus Bergantung Kepada Dolar AS – Pada Pelaburan Negara

Mengupas persoalan berhubung kebanyakkan negara tidak lagi mahu menggunakan dolar Amerika Syarikat (AS) pada transaksi perdagangan bersama negara lain – berdasarkan isu ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut melihat tiada ada sebab untuk Malaysia terus bergantung kepada dolar AS bagi tindakan menarik pelaburan ke dalam negara.

Ini kerana, seharusnya rundingan pelaburan Malaysia bersama negara lain menggunakan mata wang negara yang terlibat. Jelas PM Anwar pada sidang Parlimen sesi soal jawab pagi ini, ketika kekuatan ekonomi Asia dapati perlihat melalui China dan Jepun – maka adalah wajar untuk negara Asia berunding, membolehkan penggunaan mata wang sendiri.

Pada pengamatan itu, Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah membuat cadangan untuk memimpin kaedah tersebut dalam aspek perdagangan ketika lawatan China bagi penggunaan ringgit dan renmibi.

Buat pengetahuan umum, hasrat menamatkan kebergantungan pada dolar AS ini bukanlah suatu langkah yang baharu. Sebelum ini pernah diusulkan Tabung Kewangan Asia untuk mengukuhkan pembiayaan ekonomi antara negara Asia – bagaimanapun cadangan itu tiada kesepakatan susulan kekuatan dolar AS terlalu kukuh pada era tersebut.