Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kini memperlihatkan tampuk pimpinan baharu apabila dimaklumkan Datuk Mas Ermieyati selaku Pengerusi baharu pada kumpulan tersebut.
Pelantikan ini sekaligus menggantikan peranan Wong Kah Woh selaku pengerusi pada pentadbiran sebelum ini. Menerusi lantikan itu, mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini akan diterajui bersama Wong Shu Qi selaku Naib Pengerusi PAC.
Untuk makluman PAC adalah sebuah jawatankuasa di bawah kerajaan negara yang akan bertindak menilai dan memeriksa beberapa aspek berkaitan perbelanjaan negara. Meliputi kecekapan agihan, pengurusan wang, ketelusan serta ketirisan yang berlaku.
Melalui pemantauan ini sekaligus dapat membantu kerajaan meningkatkan pentadbiran wang negara dengan lebih baik dari semasa ke semasa.