TheStar, salah satu akhbar berbahasa Inggeris yang popular di Malaysia, kini dilihat telah meningkatkan harga jualan mereka sebanyak 50%, sekaligus menjadikan harga jualan terkini akhbar tersebut kepada RM3 senaskah.
Sebelum ini, akhbar yang sama dijual pada harga RM2 senaskah.
TheStar menyatakan peningkatan harga baharu ini akan membolehkan kelangsungan perniagaan mereka, sekaligus pada masa yang sama membolehkan mereka terus melabur pada aset utama mereka, iaitu para penulis dan wartawan TheStar.
Harga baharu akhbar TheStar ini berkuat-kuasa dari hari ini, 3 April 2023. Buat masa ini, ia hanya menyebabkan peningkatan pada edisi bercetak, sementara TheStar ePaper masih kekal pada harga yang sama.