Artikel

Bayaran STR Fasa 2 Bermula 5 April Ini – Isi Rumah RM200, Bujang RM100

Menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, sekitar 8.7 juta individu golongan B40 bakal menerima agihan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi Fasa 2 bermula 5 April ini.

Peruntukan bernilai RM1.26 bilion ini akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat. Agihan tersebut untuk makluman akan disalurkan mengikut kategori penerima. Ini kadar STR Fasa 2 yang akan diagihkan kelak;

  • Seramai 4.0 juta Isi Rumah bakal menerima RM200
  • Seramai 1.2 juta Warga Emas yang Tiada Pasangan bakal menerima RM100
  • Seramai 3.5 juta individu Bujang bakal menerima RM100

Buat pengetahuan pengagihan tunai ini turut meliputi penerima STR di kawasan pedalaman termasuklah Sabah dan Sarawak – yang tidak memiliki akaun bank. Agihan itu boleh ditebus secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berkaitan pada tempoh yang sama.

Melalui penyaluran wang tunai ini, Fasa 2 secara langsung telah melengkapkan sejumlah RM2.93 bilion peruntukan STR yang dibayar kepada golongan B40 bagi tahun 2023. Maka untuk sebarang semakan status pembayaran, para penerima boleh merujuk pada pautan Sumbangan Tunai Rahmah-HaSiL.

Untuk Fasa 3 dan 4 pula, Kementerian Kewangan (MOF) menjangkakan agihan tunai tersebut akan mula disalurkan pada Julai dan November 2023 kelak.