Artikel

MYAirline Pertimbang IPO Menjelang 2026 

Dalam tempoh 3 tahun mendatang, MYAirline syarikat penerbangan tambang rendah tempatan berhasrat untuk disenaraikan pada papan Bursa Malaysia Securities melalui tawaran awam permulaan (IPO) iaitu menjelang 2026.

Untuk mengukuhkan rancangan itu, didapati syarikat telah memeterai persefahaman untuk memajak 17 pesawat Airbus A320-200 dan merancang penyewaan 20 pesawat kecil pada akhir 2023. Setakat ini kumpulan beroperasi bersama 5 pesawat dan bakal meraih satu lagi tambahan pesawat kelak.

Manakala berhubung perluasan laluan operasi pula, MYAirline kini menumpukan untuk meneroka laluan serantau melibatkan Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Ketika ini usaha raih kelulusan bersama pengawalselia negara berkaitan sedang dilaksanakan.

Secara menyeluruh, operasi turut menjangkakan akan memiliki seramai 1,000 petugas menjelang akhir 2023 ini.