Artikel

Had Usia Kenderaan Seru-Pandu, Teksi Kini Dinaikkan Kepada 15 Tahun – MOT

Sejajar dengan hasrat negara untuk melestarikan industri pengangkutan Malaysia, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) kini memaklumkan had usia penggunaan kenderaan teksi dan seru-pandu kini dilanjutkan kepada 15 tahun berkuat kuasa hari ini.

Tindakan itu dimaklumkan turut diselaraskan bagi kelas kenderaan seru-pandu di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan syarat berikut;

  • Lanjutan terpakai untuk kenderaan kelas lesen teksi dan seru-pandu yang elah mencapai hasd usia maksimum dalam tempoh bermula 1 Januari 2023
  • Semua kenderaan akan diberi kelulusan tersebut setelah lepasi pematuhan syarat pemeriksaan berkala wajib PUSPAKOM
  • Serta mematuhi tahap keselamatan kenderaan, keselesaan pengguna dan imej industri

Adanya tindakan ini, secara langsung membuka ruang kepada rakan pemandu negara untuk terus menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada pengguna awam negara.