Artikel

Mulai 7 April – Fasa 1 Permohonan Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP Dibuka, Untuk Pencarum Berusia 40-54 Tahun

Buat lebih 4 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak menggunakan sokongan Akaun 2 sebagai sandaran pinjaman kewangan bersama pihak perbankan – kini diumumkan Fasa 1 bagi tindakan itu akan bermula pada 7 April ini.

Kumpulan usia yang dibenarkan pada permohonan ini hanyalah tertakluk kepada ahli KWSP yang beumur 40 tahun sehingga 54 tahun sahaja. Permohonan ini dimaklumkan hanya dibenarkan sekali sahaja dan pencarum perlu miliki simpanan Akaun 2 minimum sekurangnya RM3,000.

Sementara syarat pengeluaran maksimum pula adalah di paras RM50,000.

Bagi Fasa 1, dimaklumkan institusi perbankan yang terlibat untuk tindakan pinjaman kewangan tersebut adalah Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank. Bagaiamanpun sebarang kelulusan masih tertakluk berlandaskan kriteria yang ditetapkan pihak perbankan. Sementara Fasa 2 melibatkan pencarum di bawah usia 40 tahun pula akan dimaklumkan kelak.

Berdasarkan pencerahan Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini, pinjaman kewangan tersebut akan dikenakan kadar keuntungan antara 4% sehingga 5% setahun. Ini bermakna lebih rendah berbanding kadar pembiayaan peribadi pasaran semasa iaitu antara 8% sehingga 15%.

Maka untuk perincian lanjut, semua pihak boleh merujuk pautan KWSP-Fasiliti Sokongan Akaun 2 dan memahami pengiraan amaun kelayakan awal bersandarkan simpanan Akaun 2 pencarum melalui jadual di bawah;