Selari dengan agenda Belanjawan 2023 negara, cukai ke atas penjual cecair vape pada kadar RM0.40 sen setiap mililiter (ml) untuk rokok elektronik yang mengandungi nikotin kini dikuat kuasakan bermula hari ini (1 April).
Tindakan ini telah dimaklumkan melalui notis warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan Perdana Menteri pada Jumaat lalu. Mengikut perincian, duti eksais baharu itu berkuatkuasa susulan bermulanya Perintah Duti Eksais Pindaan (2023). Seperti yang umum ketahui, melalui pelaksanaan ini mampu menjana sekitar RM2 bilion pada hasil negara dan secara langsung akan mengurangkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Meskipun tindakan ini telah dilaksanakan, didapati Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada makluman warta lain telah menjelaskan nikotin termasuk tembakau, tampalan dan gula-gula getah, cecair dan gel nikotin kini telah dikecualikan daripada Akta Racun 1952.