Selangor kini memaklumkan pemberian bantuan khas kewangan 1 bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri – bayaran tunai ini selewatnya akan dilunas pada 21 April ini.
Menurut Menteri Besar Amirudin Shari – langkah pemberian insentif khas Aidilfitri ini adalah sebahagian tanda penghargaan kerajaan negeri ke atas peranan penjawat awampada perkhidmatan negeri. Tidak hanya itu pemberian tunai ini turut akan diagih kepada anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.
Melalui usaha ini ia tidak sekadar membantu para penjawat negeri laksana persiapan Aidilfitri tetapi turut membantu meningkatkan aliran tunai mereka di kala musim perayaan.