Senada dengan pekeliling Kementerian Pendidikan 1998 yang menumpukan kepada penerapan eleman pencengahan rasuah dalam kurikulum persekolahan – KPM kini bertindak mengarahkan tajuk khusus berkaitan anti-rasuah diserapkan dalam sukatan pelajaran pendidikan.
Langkah tersebut pada makluman sidang Parlimen – akan memberi penjelasan berkaitan keburukan disebalik rasuah dan kesannya kepada pelbagai aspek. Setakat ini difahamkan tajuk itu akan dimasukkan dalam Mata Pelajaran peringkat rendah Tahun 6 melalui Mata Pelajaran Pendidikan Moral di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), dengan menerapkan nilai kejujuran melalui tajuk Rakyat Jujur Negara Makmur.
Diikuti penerapan elemen anti-rasuah dalam kurikulum Tingkatan 1 dan 2 di bawah tajuk Rasuah Musuh Negara dan seterusnya penerapan tajuk anti-rasuah dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu di peringkat menengah atas iaitu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
Selain itu, usaha sedemikian akan dimasukkan dalam Modul Exemplar Pendidikan Sivik di peringkat rendah dan menengah berdasarkan empat nilai teras iaitu Kasih Sayang, Hormat-menghormati, Bertanggungjawab dan Kegembiraan.
Adanya usaha ini, secara langsung dapat memberi pendedahan awal kepada para pelajar akan impak disebalik amalan rasuah dan sekaligus memberi panduan unutk menghindari amalan tersebut.