Artikel

JKMPay Kini Dimansuhkan – Susulan Isu Tidak Mesra Pengguna

Setelah meneliti kembali kewajaran pelaksanaan skim bayaran bantuan kewangan nirtunai JKMPay disebabkan maklum-balas bahawa  medium buat orang awam ini tidak lagi dilihat sebagai sebuah sistem mesra pengguna – terutamanya dalam kalangan warga Orang Kurang Upaya (OKU).

Maka kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah bertindak memutuskan untuk tidak lagi meneruskan skim JKMPay.

Langkah ini diambil setelah penelitian semula kajian Itu dicapai bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kajian Keberkesanan Projek Rintis Bayaran Bantuan Kewangan Tanpa Tunai JKMPay. Makluman itu telah dikongsikan pada sidang Dewan Negara hari ini. 

Untuk makluman semua, JKMPay telah dilaksanakan secara rintis sebelum ini dan telah bertindak mengagihkan 50% daripada bantuan JKM ke akaun bank penerima. Termasuk pengagihan bantuan tunai pada kad nirtunai pengguna JKMPay.