Jangkaan itu ternyata sedikit kurang daripada pengamatan yang dilaksanakan PBB sebelum ini dengan sasaran 9.7 bilion penduduk dunia pada tahun 2050. Pengurangan angka ini berlaku hasil tinjauan penyelidik antarabangsa pada projek Earth4All – setelah pihaknya mengambilkira dua pendekatan pada pertumbuhan global.
Melalui senario pertama, populasi dunia dijangka akan capai 8.8 bilion penduduk pada 2050 namun merosot kepada 7.3 bilion pada 2100. Perihal ini akan berlaku sekiranya ekonomi dunia meneruskan trajektori seperti 50 tahun lalu – ini bermakna negara pendapatan rendah berupaya membebaskan status rakyat mereka daripada kemiskinan tegar.
Bagi pendekatan kedua pula, populasi dunia berupaya capai 8.5 bilion penduduk lebih awal pada 2040 jika ekonomi dunia laksana pelaburan secara bersar-besaran melibatkan pembangunan ekonomi, pendidikan dan kesihatan. Ia secara langsung turut menjangkakan kemiskinan tegas dapat dihapuskan bagi satugenerasi pada 2060.
Namun melalui sasaran ini, dijangka jumlah populasi akan menyusut kepada 6 bilion pada akhir abad ini.
Pengamatan ini sekaligus menunjukkan dunia berupaya meraih akses yang lebih mampan pada sumber tenaga, makanan, air dan kemudahan perlindungan sekiranya pelaburan secara berterusan libatkan sektor ekonomi, pendidikan dan kesihatan terus diutamakan secara menyeluruh.