Artikel

KKM, JPA Teliti Usul Serap Petugas Kontrak Ke Jawatan Tetap Tanpa Pencen

Ketirisan tenaga kesihatan ketika ini secara tidak langsung telah memberi kesan kepada produktiviti sektor awam kesihatan negara – menyedari hakikat itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang laksana rundingan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk teliti langkah menyerap petugas perubatan berstatus kontrak ke jawatan tetap. Difahamkan tanpa penawaran skim pencen namun akan meraih manfaat di bawah skim KWSP. 

Makluman itu menurut laporan KKM pada sidang Dewan Negara adalah bertujuan mengurangkan beban tugas kesihatan di samping melandaikan tekanan bebanan kerajaan berhubung skim berpencen yang sangat tinggi. Di mana pada 2011 nilainya sebanyak RM3.1 bilion, seterunya meningkat kepada RM29.1 bilion pada 2021. 

Maka untuk mencapai persetujuan bersama, cadangan penyerapan pekerja kontrak ke jawatan tetap tanpa pencen ini diteliti dapat memberi manfaat bersama. 

Jelas KKM, meskipun tanpa penawaran pencen – pekerja kekal meraih manfaat yang sama seperti pekerja tetap yang lain.