Artikel

Lebih 4 Juta Pencarum KWSP Boleh Laksana Pinjaman Antara RM3,000 Sehingga RM50,000

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, melalui usaha membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan simpanan mereka sebagai cagaran kepada pinjaman bank – kini lebih 4 juta pencarum layak mendapat manfaat melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP untuk tindakan pinjaman sebanyak RM3,000 sehingga RM50,000 dari pihak bank.

Makluman Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Negara hari ini menjelaskan, pinjaman kewangan yang bersandar pada simpanan Akaun 2 KWSP ini akan dikenakan kadar keuntungan antara 4% sehingga 5% setahun.

Melalui penerapan kadar ini, ia diperhatikan lebih rendah berbanding kadar pembiayaan peribadi pasaran semasa yang dimaklumkan sekitar 8% sehingga 15%.

Maka menerusi manfaat itu, pencarum yang layak boleh laksana pinjaman bermula RM3,000 sehingga maksimum RM50,000. Segala perolehan pembiayaan pinjaman ini tertakluk kepada kriteria baki simpanan pencarum pada Akaun 2 KWSP.