Artikel

MOT Bakal Perkenal Aplikasi Lupus Kenderaan Buruk

Dalam usaha memudahkan langkah pengguna melupuskan kenderaan lama atau yang telah rosak, Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini memaklumkan dalam proses membangunkan sistem melalui aplikasi atau kaedah digital lain – untuk membolehkan pengguna laksana pembatalan pendaftaran kenderaan motor mereka secara atas talian.

Ini bermakna setelah pengguna laksana pembatalan pendaftaran kenderaan terlibat melalui medium atas talian, kenderaan tersebut boleh dilupuskan oleh syarikat pelupusan sisa pepejal, atau Kemudahan Rawatan Automotif Berlesen (AATF) yang diiktiraf mengikut peraturan yang ditetapkan.

Melalui usaha ini, secara langsung akan membantu negara tangani isu lambakan kenderaan buruk, usang di Malaysia.

Buat pengetahuan umum, perkongsian MOT pada sidang Parlimen hari ini, adalah menjawab kepada persoalan berhubung usaha kerajaan untuk menguruskan pelupusan kenderaan buruk, usang dan ELV (End Life Vehicle) untuk menjamin kelestarian alam sekitar.