Artikel

BNM : 80% Pengguna BNPL Berpendapatan Bawah RM3,000

Corak perbelanjaan rakyat Malaysia dilihat mulai berbeza setelah pilihan secara Bayar Nanti Pakai Lekas (BNPL) diperkenalkan di negara, sejak beberapa tahun lalu. Namun susulan permintaan dan kuasa beli pengguna semakin menurun kesan ketidaktentuan ekonomi pada tahun 2022, kadar perkembangan BNPL dilihat semakin sederhana. 

Berdasarkan perkembangan itu, Bank Negara Malaysia dapati sasaran segmen isi rumah pada skim BNPL ini dilihat masih terarah kepada golongan muda dan memiliki pendapatan rendah. 

Di mana 44% pengguna BNPL adalah berusia antara 18 sehingga 30 tahun. Malah tinjauan di bawah Laporan Kestabilan Kewangan bagi Separuh Kedua 2022 ini turut memperincikan lebih 80% pengguna BNPL adalah berpendapatan kurang daripada RM3,000. 

Ini secara langsung menjadikan kumpulan ini lebih terdedah akan sebarang tekanan kewangan semasa. Setakat suku keempat 2022, kadar tunggakan BNPL didapati meningkat 17% berbanding suku sebelumnya 14%. Walaupun kadar tunggakan telah meningkat, BNM melihat risiko BNPL masih lagi ditahap terhad susulan sumbangannya pada jumlah hutang isi rumah hanyalah sekitar 0.05%. 

Maka untuk terus melestarikan perlindungan kewangan dalam kalangan pengguna, BNM bersama Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) kekal optimis mempercepatkan pembentangan Akta Kredit Pengguna untuk melandaikan risiko pinjaman tersebut di masa hadapan.

Setelah akta tersebut digubal dijangka ini akan membawa kepada keperluan aturan piawaian ke ata penyedia BNPL kelak.