Selari dengan usaha merancakkan sistem pembayaran negara, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menyambut baik usaha kerajaan untuk menyediakan kemudahan itu. Maka melalui kerjasama LLM bersama kumpulan syarikat konsesi lebuh raya – kesepakatan ini disasar akan melancarkan pelaksanaan sistem pembayaran tol secara terbuka kepada pengguna kenderaan negara.
Inisiatif tersebut dimaklumkan akan mengambilkira pelbagai aspek berpaksikan sitem tol sedia ada, ia dilihat seiring dengan matlamat negara ke arah sistem laluan tol bebas melalui Multi Lane Fast Flow (MLFF) yang kelak akan diuji pada Lebuhraya Sungai Besi.
Melalui perubahan ini, LLM pada kenyataan hari ini menyasarkan sokongan pengguna lebuh raya akan lebih rancak susulan hak pembayaran pengguna lebih terpelihara. Ini akan menjadi pemangkin buat LLM menambah-baik arena sistem pembayaran tol di Malaysia secara berperingkat.