Artikel

Khidmat LRT Mungkin Dibina Di Johor Bahru

Memahami keperluan khidmat pengangkutan awam wajar diperkasakan pada laluan negeri, Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan pihaknya kini sedang pertimbang cadangan membina jajaran pengangkutan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di kota raya Johor Bahru kelak.

Penelitian ini susulan terdapat syarikat swasta menzahirkan hasrat mereka untuk membangunkan LRT di Johor Bahru. Setakat ini difahamkan usul projek sedemikian telah dikemukakan untuk penilaian lanjut Kerajaan Persekutuan.

Setakat ini, JB memiliki perancangan pembangunan Sistem Transit (RTS) Link melibatkan laluan Johor Bahru-Singapura dan dijangka usul pembinaan LRT ini mungkin akan diintegrasikan khidmat pengangkutan bersama laluan RTS. Selain kemudahan itu, penduduk JB juga kini mula menerima perkhidmatan Bas Elektrik bersama pelancaran Pas Tanpa Had Mybas50 untuk penjimatan perjalanan berganda.

Adanya langkah tersebut mengikut laporan, ia berupaya membantu kerajaan negeri mengatasi isu kesesakan kritikal yang didepani penduduk negeri tersebut, sekaligus memudahkan penduduk bandar dan meningkatkan lagi cabang peluang pekerjaan pada pasaran tempatan.