Artikel

Pembeli Hartanah Singapura Di Johor Kini Meningkat 20%

Secara puratanya, perbezaan nilai kediaman di Singapura adalah sekitar RM6.7 juta iaitu enam kali ganda lebih tinggi dibanding harga penengah di Johor – maka tidak hairanlah sekiranya permintaan hartanah di Johor kini terus mengamit perhatian pembeli dalam kalangan warga Singapura.

Setakat Mac ini sahaja mengikut laporan Juwai IQI, terdapat kenaikan 20% pembeli Singapura pada pasaran hartanah tempatan tersebut berlaku. Ini turut didorong hasil kekuatan mata wang Dolar Singapura yang menjadikan kuasa beli 5% lebih kukuh berbanding Ringgit Malaysia.

Malah pembangunan kemudahan pengangkutan baharu seperti projek Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura dilihat turut membuka lagi peluang penerokaan pelaburan hartanah di pasaran tempatan. Melalui kemudahan RTS Link pada 2026 itu, disasarkan anggaran seramai 150,000 pengguna akan berulang-alik untuk perjalanan pekerjaan setiap hari. Ini secara langsung meningkatkan kapasiti penempatan di Johor Bahru.

Mengukuhkan lagi data, kos persekitaran Johor seperti kemudahan sekolah antarabangsa 80% lebih rendah, pengangkutan dan keperluan harian 75% lebih rendah turut menjadi faktor utama tumpuan pembelian hartanah dari Singapura meningkat dari semasa ke semasa.

Secara keseluruhan dalam tempoh 10 tahun dijangka penempatan kediaman di Johor melibatkan perjalanan ulang alik ke Singapura akan meningkat sekitar satu pertiga.