Artikel

Untung Astro Malaysia Merosot Kepada RM259 Juta 

Astro Malaysia pada tahun 2022 memaparkan penyusutan prestasi – apabila keuntungan bersihnya merosot kepada RM259.04 juta berbanding RM460.88 juta sebelum ini.

Sementara pendapatan pula turut berkurangan kepada RM3.80 bilion berbanding sebelum ini RM4.18 bilion. Penurunan ini diperhatikan adalah kesan kejatuhan pada perolehan sukuan – di mana pendapatan langganan, pengiklanan serta jualan barangan dalam operasi telah menurun. Namun ia kekal diimbangi susulan berlakunya peningkatan pada segmen jualan hak program.

Walaupun berdepan penyusutan itu, Astro terus mengekalkan agendanya laksana pelan transformasi kumpulan pada tahun ini – bagi mengukuh perkhidmatan Astro di masa hadapan. Ini meliputi tumpuan pelaburan dalam kandungan berkaitan digitalisasi.

Mengikut perincian, setakat ini langganan penstriman semakin positif diikuti jumlah perbelanjaan pengiklanan turut naik 14% bagi data dari bulan ke bulan – melibatkan musim perayaan, Piala Dunia Fifa serta platform berkaitan digital.