Artikel

5 Lagi Lebuhraya Bakal Sedia Pembayaran Tol Guna Kad Debit Dan Kredit – Pada September 2023

Senada dengan usaha mempelbagaikan sistem pembayaran terbuka pada khidmat tol, kerajaan hari ini mengumumkan terdapat 5 lagi lebuh raya bakal menyediakan kemudahan tersebut. Ini sekaligus menjelaskan terdapat 11 lebuh raya yang akan menyediakan pelbagai pilihan bayaran selain Touch ‘n Go (TNG) kepada pengguna – selewatnya pertengahan September 2023.

Menurut makluman terbaharu Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini, keputusan ini telah dicapai melalui proses rundingan antara Bahagian Pembangunan & Penswastaan KKR bersama semua pihak berkepentingan termasuk pihak syarikat konsesi.

Berdasarkan perincian, pelaksanaan sistem pembayaran terbuka ini yang menggunakan pelbagai teknologi yang sesuai juga adalah merupakan salah satu langkah persediaan peralihan ke arah sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF), dengan terminal pembayaran tol menggunakan kad debit dan kredit disediakan pada satu lorong di plaza tol.

Untuk makluman ini senarai lebuh raya yang terlibat ;

  • Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)
  • Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  • Lebuhraya Shah Alam (Kesas)
  • Terowong SMART
  • Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX)
  • Lebuhraya Sungai Besi
  • Lebuhraya Pantai Baru
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur
  • Lebuhraya Koridor Guthrie
  • Jambatan Pulau Pinang
  • Lebuhraya Butterworth – Kulim