Artikel

Pengguna Kini Boleh Semak Harga Barang Runcit Ikut Lokasi – Pada Aplikasi KitaJaga 

Bagi memastikan para pengguna terus peka akan perubahan harga barang runcit semasa, Kementerian Ekonomi bersama aplikasi KitaJaga – kini menampilkan ciri ‘Cek Harga’ pada aplikasi iaitu membolehkan pengguna menyemak harga barangan runcit mereka mengikut lokasi dan boleh laksana perbandingan mengikut perubahan harga negeri.

Dengan sokongan data OpenDOSM, ia secara langsung memberikan pengguna maklumat terkini berhubung perubahan harga barang dari semasa ke semasa.

Usaha baik ini secara langsung, tidak sekadar memudahkan tetapi turut membantu pengguna mengatur aliran perbelanjaan mereka dengan bijak tanpa sebarang ketirisan tunai. Selain kemudahn ciri semakan harga, KitaJaga turut menampilkan ciri pencarian pekerjaan, serta makluman lokasi banjir buat pengetahuan umum. Untuk tindakan lanjut, orang awam boleh memuat-turun aplikasi KitaJaga pada pintar pengguna melalui Google Play dan iOS.