Artikel

Sistem e-Invois Bakal Dilaksana Pada Awal 2024 – LHDN

Bermula tahun 2024, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mula perkenalkan Sistem e-Invois, setelah inisiatif ini diteliti sejak Oktober 2022. Melalui langkah ini secara langsung memudahkan para pembayar cukai menyimpan resit perbelanjaan mereka.

Umum ketahui kesukaran menyimpan rekod perbelanjaan bagi tempoh 7 tahun secara manual dilihat sedikit renyah. Sebagai perincian sistem ini akan memudahkan pembayar cukai melalui penerapan berkaitan dokumen-dokumen perniagaan, bermula dengan e-invois, dan kemudiannya akan merangkumi dokumen-dokumen perniagaan lain seperti penghantaran, katalog dan pesanan.

Tidak hanya itu, aturan ini kelak turut akan memberi pelbagai manfaat kepada pembayar cukai dari segi meningkatkan kecekapan operasi perniagaan, ketelusan rekod transaksi dan mengurangkan kos pematuhan cukai mereka.

Secara menyeluruh, sistem e-invois ini dijangka akan dilaksana sepenuhnya bermula awal 2024.