Tahun Taksiran 2023, pembayar cukai yang laksana caruman pada Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) tidak lagi boleh menuntut pelepasan cukai individu sehingga RM8,000.
Makluman di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ini telah menggesahkan pentadbiran tidak lagi melanjutkan insentif berkenaan. Ini kerana susulan terdapat tambahan senarai pelepasan cukai dan potongan cukai individu meliputi pengurangan sebanyak 2% ke atas cukai pendapatan individu, diikuti pelepasan cukai perbelanjaan perubatan yang dinaikkan dari RM8,000 kepada RM10,000.
Malah langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan kemudahan penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang berpendapatan bulanan kurang RM1,800 juga – turut dilihat meningkatkan lagi manfaat insentif kalangan pembayar cukai.
Maka secara ringkasnya, mana-mana pembayar cukai yang melanjutkan simpanan pada SSPN tahun ini, tidak lagi dibolehkan laksana tuntutan pelepasan cukai individu sehingga RM8,00 untuk taksiran 2023 pada tahun hadapan. Diharap penjelasan tersebut mendapat perhatian kumpulan pembayar cukai terlibat.
Buat pengetahuan pembayar cukai Tahun Taksiran 2022, pelepasan tersebut masih boleh dituntut – ini perinciannya ;