Hartanah berkeluasan 15.5 ekar milik Genting Malaysia ini, dijangka berupaya membawa keuntungan bernilai RM2.9 bilion iaitu 52 sen sesaham buat kumpulan – sekiranya tindakan penjualan hartanah tersebut dapat dicapai pada harga $1 bilion.
Buat pengetahuan umum perolehan hartanah ini telah dicapai sekitar 2011 lagi dengan tujuan pembangunan hotel, kediaman serta menara, Ia melibatkan pelaburan bernilai $500 juta daripada kumpulan. Namun di bawah hartanah tersebut, syarikat telah mengendalikan Hotel Hilton Miami Downtown, akan tetapi hasil berlandaskan pengendalian hotel tersebut ia sekadar menyumbang $4.8 juta atau kurang daripada 1% EBITDA pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan bagi kewangan 2022 kepada operasi.
Maka bagi tindakan peralihan menyeluruh, menurut penganalisis Maybank Investment bank – setakat ini Genting telah berjaya meraih 5 tawaran melibatkan nilai lebih $1.1 bilion sehingga $1.5 bilion. Bagaimanapun kesepakatan akhir hanya akan dimaklumkan dalam beberapa minggu mendatang.