Artikel

Saiz Pasaran Modal Malaysia Semakin Meningkat – Kini RM3.6 Trilion 

Kapasiti pasaran modal Malaysia kini dilihat semakin berkembang kepada RM3.6 bilion bagi tahun 2022 berbanding RM3.5 trilion pada tahun 2021.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada Laporan Tahunan Sekuriti Malaysia 2022 melihat peningkatan sederhana ini disumbang berlandaskan jumlah dana yang dikumpul meningkat kepada RM179.4 bilion melibatkan RM26.0 bilion melalui pasaran ekuiti, manaka RM153.3 bilion diterbitkan menerusi pasaran bon korporat.

Selain itu sokongan alternatif melibatkan biaya-sama ekuiti (ECF) dan pembiayaan rakan setara (P2P) pada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) turut meningkatkan aliran pembiayaan dengan lonjakan 26% kepada RM1.7 bilion bagi tahun 2022.

Selanjutnya berhubung permodalan pasaran keseluruhan melibatkan Bursa Malaysia adalah RM174 trilion, diikuti FBMKLCI pula RM1.03 trilion. Sementara pasaran modal Islam (ICM) pula memperlihatkan saiz jumlah RM2.3 trilion, naik 4.2% sejak 2018.

Prestasi peningkatan sederhana ini sekaligus mempelihatkan kekuatan pasaran Malaysia berdaya saing walaupun berdepan persekitaran ekonomi yang mencabar.