Artikel

Kos Barang Di Peringkat Pengeluar Kini Turun 0.8% – DOSM

Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur kos barangan di peringkat kilang kini dilihat semakin menurun apabila menyusut 0.8% bagi data Februari 2023.  Catatan ini secara langsung memaparkan penurunan berbanding paras 1.3% pada Januari lalu.

IHPR adalah untuk mengukur purata perubahan harga komoditi yang dikenakan oleh pengeluar tempatan dalam sesuatu industri.

Berdasarkan tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) didapati penurunan ini didorong sektor Pertanian, Perhutanan & Perikanan dan Perlombongan yang menurun negatif 26.1%. Penyusutan indeks ini turut diikuti penurunan indeks buah tandan segar kelapa sawit -40.5% pada Februari 2023.

Tidak hanya itu indeks perlombongan juga menurun -6.5% susulan penurunan indeks pengekstrakan petroleum mentah -16.1%.

Manakala indeks pembuatan pula naik 3.0%, rekod lebih sederhana dicetuskan hasil peningkatan produk komputer, elektronik dan optikal 8.5% di pasaran.

Selain itu, kos di peringkat pemprosesan pula memperlihatkan segmen bahan mentah seperti daging, minyak menurun 16.9% disebabkan penurunan bahan bukan-makanan -20.3%, diikuti bahan perantaraan bekalan dan komponen pula naik 3.3% dan segmen barang siap pula 4.0%.

Secara menyeluruh, dalam tempoh tersebut pada inflasi di senarai negara terpilih di lihat pada paras sederhana susulan faktor harga bahan api, tenaga serta dinamik pertukaran mata wang asing. Namun inflasi Malaysia kekal menjadi antara terendah sekitar  3.7%.