Artikel

Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi – Dijangka Siap Pada Separuh Kedua 2023

Kementerian Kewangan (MOF) kini memaklumkan sedang menyiapkan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) yang akan tersedia menjelang separuh kedua tahun 2023 ini – iaitu sekitar Jun, Julai dan Ogos 2023. 

Sistem ini bertujuan untuk meneliti keupayaan diesel dalam membantu negara berhubung pelarasan kos kenaikan harga barang dan bagaimana pendekatan baharu dapat disediakan kepada warga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di pasaran ekonomi kelak. Seperti yang umum ketahui sejumlah RM50.8 bilion telah dibelanjakan negara berhubung subsidi untuk petrol, diesel dan gas petroleum cecair LPG pada 2022. 

Selain itu, negara juga dalam usaha sedang mengkaji eCOSS iaitu e-Cooking Oil Subsidy Scheme yang akan bertindak memantau minyak masak 1 kg dari pengeluar sehingga peruncit. 

Penjelasan pada sidang Parlimen sebentar tadi, memaklumkan ini adalah usaha seterusnya negara setelah melaksanakan inisiatif tarif elektrik dan seterusnya negara akan mengfokuskan kepada petrol subsidi bersasar. Usaha sedemikian untuk makluman turut melibatkan kerjasama LHDN, JPJ dan JPN. 

Berbalik kepada usaha diesel subsidi bersasar itu, MOF akan memaklumkan tempoh pelaksanaannya dari semasa ke semasa.