Tatkala pihak pentadbiran memberi jaminan bekalan ayam mentah kekal tersedia sehingga musim perayaan Aidilfitri, namun terdapat beberapa peningkatan harga bekalan berlaku disebilangan lokasi – susulan ketirisan 30% bekalan di pasaran.
Difahamkan pada Ramadan pertama tempoh hari, kenaikan harga RM0.20 di peringkat ladang ayam telah berlaku – ini sekaligus membawa peningkatkan di peringkat runcit sekitar RM11 kilogram pada minggu pertama puasa.
Menurut Persatuan Penternak Unggas (Kecil dan Sederhana Negeri Johor), didapati harga ayam tersebut dijangka akan meningkat kepada RM11.50 dalam tempoh terdekat susulan pengurangan 30% bekalan berlaku di pasaran. Ketirisan ini mengikut laporan telah didorong kesan penyakit yang melanda unggas mengakibat benih ayam berkurangan.
Seperti yang umum sedia maklum, sebelum ini harga ayam dari ladang antara RM8.90 sehingga RM9, namun telah alami kenaikan secara perlahan kepada RM9.20 setiap kg.
Namun berdasarkan pemantauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Jabatan Veterinar – data semasa menunjukkan bekalan ayam kekal terjamin sehingga musim perayaan kelak dan menasihati para peniaga mematuhi penetapan harga kawalan di paras sehingga RM9.40 sekilogram.
Sebarang kesulitan berhubung ketirisan bekalan, boleh berhubung secara terus bersama KPDN untuk memastikan harga masih diparas sedemikian tanpa perlu meningkat lebihi RM11 sekilogram.