Artikel

Elon Musk : Nilai Twitter Hanya $20 Bilion

Ternyata nilai semasa platform media sosial kegemaran ramai kini semakin menyusut, apabila penerajunya Elon Musk menetapkan nilai semasa Twitter ketika ini adalah sekitar $20 bilion berbanding nilai $44 bilion yang dibelinya ketika proses pengambilalihan berlaku sebelum ini.

Nilai ini didasari selepas Elon memaklumkan notis tersebut bersama kakitangan Twitter, yang mendedahkan perincian pelan pampasan saham baru kumpulan tersebut. Pelan itu menetapkan nilai platform $20 bilion sedikit lebih tinggi berbanding platform media sosial.

Meskipun nilai itu melebihi platform lain, namun operasi menjangkakan Twitter akan alami kerugian $3 bilion setahun. Penyusutan ini berlandaskan kemerosotan pendapatan sekitar 1.5 bilion pada setiap tahun dan tekanan platform untuk melunaskan hutang yang hampir sama dengan nilainya.

Buat pengetahuan umum, sejak peralihan Twitter berlaku pada Oktober 2022 didapati sekitar 5,500 pekerja telah terjejas dan kini terdapat kurang 2,000 pekerja pada operasi.