Dalam usaha menangani isu pengemis di negara, dapatan kajian semakan menambah-baik Akta Orang-Orang Papa 1977 dijangka dapat diselesaikan pada September ini. Melalui aturan ini, ia akan memberi penetapan yang jelas berkenaan hala tuju berkaitan golongan pengemis dan gelendangan di negara.
Untuk makluman umum, buat masa ini tiada sebarang punca kuasa atau perundangan yang khusus berhubung pengoperasian serta pengendalian golongan ini di Malaysia. Berdasarkan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 2020 didapati sejumlah 2018 pengemis direkodkan, di mana 1786 adalah warga tempatan sementara 322 pula melibatkan warga asing.
Angka tersebut dimaklumkan telah mengalami pertambahan dalam tempoh 5 tahun sebelum ini.
Setakat ini menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) semakan tersebut masih diperingkat kajian dan sebarang penyelesaian akan di maklumkan dari semasa ke semasa. Selain akta sedemikian, akta berkaitan warga emas juga kini sedang diteliti.