Selaku pemangku dan merangkap Ketua Pegawai Kewangan (CFO) kumpulan, Axiata kini melantik Vivek Sood menggalas peranan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu dan Pengarah Urusan kumpulan – berkuat kuasa hari ini (24 Mac).
Berbekalkan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri telekomunikasi di pelbagai negara, Axiata melihat lantikan Vivek berpotensi mengukuhkan lagi pertumbuhan strategik operasi – antaranya pemacuan negara pada perkembangan 5G dan infrastruktur digital kepada pengguna.
Sebelum mengambil peranan ini, Vivek pernah menggalas tanggunjawab selaku Ketua Pemasaran Telenor Group, diikuti CFO dan CEO Telenor India dan turut pernah memegang portfolio selaku CFO dan COO AIA Life Insurance.
Selain lantikan Vivek, terdapat juga beberapa lantikan baharu pada pengurusan antaranya – Dr Hans Wijayasuriya selaku Pengarah Eksekutif dan CEO Perniagaan Telekomunikasi, sementara Lila Azmin Abdullah pula selaku CFO kumpulan.