Artikel

PR1MA Kini Lantik Azrulnizam Selaku Pengerusi Baharu, Pacu Penyediaan Kediaman Mampu-Milik

Perbadanan PR1MA Malaysia kini mengumumkan pihaknya melantik Datuk Azrulnizam selaku Pengerusi PR1MA baharu, berkuat kuasa 16 Mac lalu bagi menggantikan peneraju terdahulu iaitu Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya.

Melalui pengalaman luas dalam sektor kewangan serta pentadbiran perniagaan, penyertaan Azrulnizam dijangka akan memacu perancangan PR1MA bagi pengendalian kediaman mampu milik yang berkualiti di masa hadapan.

Sekadar perkongsian, Azrulnizam memiliki pengalam lebih 25 tahun dalam khidmat kewangan – di mana beliau pernah menerajui Al Rajhi Banking & Investment Corp dan Stadard Chartered Sa’adiq selaku Ketua Pengawai Eksekutif sebelum ini.

Tidak hanya itu, Azrulnizam turut pernah menggalas peranan selaku Penasihat Kewangan Strategik bagi operasi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).