Artikel

Puspakom Tidak Lagi Jadi Penyedia Tunggal Khidmat Pemeriksaan – Mulai 1 Sept 2024

Bermula 1 September 2024, Puspakom – Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer dimaklumkan tidak lagi menjadi penyedia tunggal untuk khidmat selaku pemeriksa berkala kenderaan motor bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ini sekaligus menjadikan Puspakom sebagai pihak seterusnya untuk negara memecahkan isu monopoli di pasaran.

Menerusi tindakan yang dicapai pihak kabinet, perkhidmatan pemeriksaan berkala ini akan dibuka kepada pihak berkelayakan selepas Puspakom menamatkan konsesi semasa mereka menjelang 31 Ogos 2024 kelak.

Maka tawaran penyertaan kepada pemain lain dijangka akann bermula selewatnya dalam suku pertama 2024.

Adanya langkah ini, ia sekaligus akan membantu Malaysia meningkatkan persekitaran ekonomi yang lebih berdaya saing dari semasa ke semasa.