Memasuki minggu ke-6 sidang Parlimen, Dewan Rakyat kini telah meluluskan peruntukan belanjawan bagi 11 kementerian di peringkat jawatankuasa.
Dewan Rakyat juga telah bertindak meluluskan usul penubuhan 10 Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Parlimen ke-15 yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.
Maka melalui kesepakatan ini, sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen ke-15 akan di awalkan pada 22 Mei sehingga 15 Jun kelak. Langkah penjadualan ini telah dipersetujui Perdana Menteri Anwar Ibrahim selaras dengan Peraturan 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Untuk makluman ini 11 kementerian yang meraih kelulusan peruntukan belanjawan di peringkat jawatankuasa;
- Kementerian Dalam Negeri
- Kementerian Kerja Raya
- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
- Kementerian Kesihatan
- Kementerian Sumber Manusia
- Kementerian Pengangkutan
- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
- Kementerian Komunikasi dan Digital
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat