Bagi memastikan lokasi kejiranan baharu memiliki kemudahan harian yang baik, 99 Speedmart ingin memanfaatkan ruang itu dengan meluaskan jejak pasar mininya menerusi pembukaan 300 cawangan pada tahun ini.
Langkah itu akan memperlihatkan setiap cawangan baharu akan laksana pelaburan RM300,000 untuk barangan, ini tidak termasuk kos premis. Setakat ini 99 Speedmart memiliki 2,300 cawangan pasar mini di negara dan terbaharu pihaknya sedang laksana Jualan Rahmah di bawah inisiatif KPDN.
Adanya akses ini, ia tidak sekadar menawarkan harga yang berpatutan ke atas 150 produk barangan asas dengan 40% lebih rendah namun turut meningkatkan lagi kuasa beli pengguna ketika musim Ramadan ini. Difahamkan penawaran jualan Rahmah ini akan berlangsung sehingga 22 April kelak.