Artikel

PLUS : Pengguna Jambatan Pulau Pinang, BKE Disasar Boleh Bayar Tol Guna Kad Debit Pada Sept Ini 

Seiring dengan matlamat Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk memecahkan tradisi monopoli yang berlaku dalam sistem pembayaran negara, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kini menyambut langkah tersebut, dengan menjangkakan beberapa buah lebuh raya termasuk Jambatan Pulau Pinang kelak akan menerapkan sistem pembayaran terbuka kepada pengguna.

Ketika ini, usaha tersebut sedang giat dilaksanakan untuk menguji pembayaran tol secara terbuka menggunakan kad debit dan kad kredit di Lorong RFID di Jambatan Pulau Pinang. Manakala di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) pula, persediaan sedang dibuat untuk menguji sistem pembayaran terbuka menggunakan kad kredit atau debit di Plaza Tol Kubang Semang.

PLUS menegaskan pihaknya sentiasa bersedia dan terbuka akan sebarang pembaharuan. Langkah ini secara langsung membenarkan pihaknya menguji dan meneroka kaedah-kaedah pembayaran tol yang lebih mudah dan memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya.