Nampaknya, pergerakkan ekonomi yang perlahan memberikan kesan yang meluas kepada pelbagai syarikat. Terbaru, platform pencarian pekerjaan popular, iaitu Indeed turut mengumumkan mereka akan menghentikan sekitar 15% tenaga kerja mereka, berjumlah seramai 2200 orang pekerja.
CEO Indeed turut berkongsi menyatakan pengiklanan pekerjaan yang berbayar di Indeed turut telah berkurangan sekitar 33% dari tahun ke tahun. Indeed juga menyasarkan perbelanjaan oleh bahagian sumber manusia untuk pencarian pekerja akan berkurangan pada tahun 2023 ini, dan mungkin mula meningkat semula pada 2024.
Ini juga secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada platform seperti Indeed dalam operasi – membawa kepada pengurangan pekerja pada syarikat mereka.