7-Eleven Malaysia nampaknya bergerak pantas dalam arena makanan dan minuman, selari dengan trend gaya hidup semasa. Terbaru, 7-Eleven Malaysia telah pun membuka cawangan ke-100 untuk 7CAFe dalam tempoh kurang setahun. Cawangan terbaru yang ke-100 ini terletak di Tropika Bukit Jalil.
Melalui 7Cafe, ia menyajikan pelbagai hidangan makanan dan minuman – sama ada panas atau sejuk, pada bila-bila masa. 7Cafe ini hadir sebagai sebahagian daripada penjenamaan untuk cawangan-cawangan sedia ada, disamping turut melibatkan pembukaan di lokasi baharu.
Dengan pembukaan 100 cawangan ini, pihak 7-Eleven kekal komited, dan dijangka akan terus memperluaskan serta mempelbagaikan lagi pilihan makanan kepada orang ramai – disamping memastikan rekaan gaya moden diimplementasi pada rangkaian kedai mereka.