Artikel

MAHB Tanggung Kos Penjenamaan Semula KLIA, klia2 

Melalui persetujuan bersama pada penjenamaan semula KLIA dan klia2 kepada KLIA Terimal 1 dan KLIA Terminal 2, pihak pentadbiran menjelaskan segala kos penstrukturan semula itu tidak akan menggunakan peruntukan dari kerajaan Malaysia.

Berdasarkan makluman Kementerian Pengangkutan (MOT) pada sidang Parlimen, kos penjenamaan termasuk faktor pemasaran dan papan tanda akan ditanggung oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Susulan itu, tiada isu berbangkit berhubung penggunaan dana kerajaan dikaitkan pada tindakan penjenamaan semula ini. Bagaimanapun tidak diperincikan sebarang jumlah penjenamaan semula yang akan dilaksanakan.

Berbalik kepada inisiatif pembaharuan itu, MOT melihat aturan sedemikian mampu membantu negara kembali menambah-nilai kualiti perkhidmatan di lapangan terbang dan mengukuhkan lagi persaingan Malaysia bersama penyedia lapangan terbang antarabangsa lain.