Artikel

MRSM Berbayar Untuk Golongan Kaya – Tidak Guna Dana Kerajaan, Tanah MARA

Perancangan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk meneliti usul bangunkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) berbayar kepada golongan kaya ternyata telah mencetuskan pelbagai persoalan. Bagaimanapun MARA di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah kini memberi jaminan usul sedemikian tidak menggunakan sebarang dana kerajaan termasuklah penggunaan tanah di bawah MARA. 

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Zahid Hamidi, merangkap Menteri Desa dan Wilayah pada sidang Parlimen hari ini, pihak MARA kini sedang laksana kajian kebolehlaksanaan pada cadangan terbabit dan sedang meneliti potensi pendanaan melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) bersama pihak institusi kewangan. 

Berpaksikan tinjauan MARA, terdapat permintaan yang tinggi sehingga 300% dalam kalangan ibu bapa dicatatkan. Ini kerana ramai pelajar didapati layak memasuki MRSM berdasarkan prestasi akademik namun ekoran paras pendapatan ibu bapa mereka di kelas T20 dan M40 – situasi sedemikian telah menafikan hak pelajar tersebut. 

Maka melalui usul penubuhan MRSM berbayar ini, MARA melihat ini suatu usaha yang baik untuk perbaharui matlamat MRSM di samping membuka peluang pelaburan baharu. Bagaimanapun usul ini masih diperingkat semakan dan masih lagi tidak mencapai persetujuan menyeluruh.

Sementara berhubung isu kos tersembunyi yang didepani kumpulan pelajar MRSM ketika ini, perlihatkan kenaikan kos sehingga 200% dari aspek pembelian barangan pelajar – pihak kementerian akan semakan untuk melandaikan bebanan kos para pelajar.