Artikel

Pavilion Bukit Jalil Setuju Dibeli Pada Nilai RM2.2 Bilion 

Setelah melalui fasa semakan pada November 2022, Pavilion Bukit Jalil di bawah Regal Path Sdn Bhd kini bersetuju untuk dijual pada nilai RM2.2 bilion kepada Pemegang Unit Pavilion Amanah Pelaburan Hartanah (Pavilion REIT).

Persetujuan itu dicapai setelah kesepakatan membiayai dua tawaran saham persendirian ini telah mendapat kelulusan dengan pembiayaan RM720 juta tranche pada suku kedua 2023, diikuti RM550 juta tranche menjelang suku kedua 2025.

Menerusi peralihan ini ia sekaligus akan meningkatkan kadar hutang Pavilion REIT daripada 33.8% setakat akhir Disember 2022 kepada 36.8% setelah kedua tawaran saham persendirian selesai.

Bagaimanapun pada laporan Bernama paras itu masih di bawah had kadar hutang 50% yang dibenarkan di bawah REIT – maka ini memberi peluang kepada Pavilion REIT untuk meneroka peluang pengambilallihan tersebut.

Adanya usaha peralihan ini ia sekaligus membantu operasi terdahulu Pavilion Bukit Jalil untuk elak daripada ditakrifkan sebagai PN17 di bawah Keperluan Penyenaraian. Berdasarkan perincian bersama Bursa Malaysia sebelum ini, peralihan ini akan membabitkan blok pusat membeli-belah runcit yang memiliki 5 aras bersama 2 aras tempat letak kenderaan di bawah tanah.