Artikel

Waktu Puncak LRT, MRT, Monorel Dan Bas Akan Bermula 30 Minit Lebih Awal – Sepanjang Ramadan Ini

Bermula 23 Mac ini, perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan Bas akan alami perubahan waktu puncak perkhidmatan – di mana operasi tersebut akan alami waktu puncak 30 minit lebih awal berbanding rutin perjalanan harian biasa.

Sepanjang Ramadan ini, tempoh waktu puncak bagi perkhidmatan pagi akan bermula pada jam 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi. Sementara waktu puncak petang  pula akan bermula pada jam 4.00 petang sehingga 8.00 malam.

Susulan perubahan waktu puncak lebih awal ini, para pengguna dinasihatkan bersedia untuk merancang perjalanan anda bagi mengelakkan sebarang kesesakan berlaku pada perkhidmatan tren dan bas.