Global ESG Monitor (GEM) pada tinjauan meliputi syarikat utama melibatkan indeks pasaran terbesar dunia – mendapati 30 syarikat negara yang tersenarai pada FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tidak memiliki laporan ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus) yang mendalam serta terperinci.
Perihal ini secara langsung membawa kepada kedudukan Malaysia ke-5 dalam kalangan 10 indeks pasaran saham terbesar dunia bersama skor 54 daripada 100 mata.
Mengikut data, terdapat jurang yang ketara pada laporan ESG syarikat utama Malaysia dengan skor Alam Sekitar (55%), Sosial (39%) dan Tadbir Urus (54%). Malah kekurangan maklumat terperinci pada laporan juga telah memberi kesan pada ketelusan skor ESG negara. Sebagai contoh, 90% daripada syarikat Malaysia melaporkan bahawa analisis kematanan (pelaporan audit penyata kewangan) telah lengkap tetapi hanya 20% yang memberikan maklumat latar belakang tentang tahun pengumpulan data dan cara data dikumpulkan.
Selain itu, didapati 67% daripada syarikat menyenaraikan pihak berkepentingan operasi tetapi hanya 37% sahaja memberikan maklumat mendalam tentang bagaimana pihak berkepentingan ini ditentukan.
Meskipun masih terdapat kelemahan, namun ini adalah penyertaan kali pertama Malaysia pada tinjauan GEM 2022. Langkah ini sekaligus menunjukkan syarikat utama negara memiliki komitmen untuk mengukuhkan kemampanan operasi mengikut piawaian syarikat antarabangsa.
Adanya penambahbaikan dalam laporan ESG ini, ia tidak sekadar mengukuhkan matlamat operasi syarikat utama tetapi turut meningkatkan sentimen pelaburan dari semasa ke semasa.
Berdasarkan penetapan skor ketelusan ke atas 10 syarikat teratas FBM KLCI, didapati Press Metal Aluminium dan Tenaga Nasional berjaya meraih 72 mata, diikuti Petronas Chemicals dengan 71 mata dan RHB Bank pula 66 mata. Ini perincian skor pada senarai yang lain ;
Sementara secara menyeluruh pula, didapati tinjauan ini melibatkan 625 laporan ESG daripada 350 buah syarikat yang tersenarai di 10 indeks pasaran saham terbesar dunia di 4 buah benua. Berhubung kedudukan – FBMKLCI berjaya atasi S&P 50 USA (53 mata), diikuti ASX (53), WIG 20 (51) dan BET 20 (41). Namun mendahului mata tersebut adalah S&P Asia (56), Hang Seng (57), EUROSTOXX (66) dan DAX (68).