Artikel

Khazanah Terus Sokong Malaysia Airlines, Sekitar RM1.3 Bilion Modal Telah Disuntik

Khazanah Nasional kekal menyatakan sokongannya pada Malaysia Airlines Group (MAG) dan tidak memiliki hasrat untuk laksana jualan pemegangan sahamnya dalam masa terdekat.

Berdasarkan tinjauan, Khazanah optimis MAG memiliki potensi yang baik untuk mengukuhkan pertumbuhan operasi mereka, termasuklah meraih pendapatan baharu di samping memiliki pesawat baharu untuk perkhidmatan.

Adanya usaha pengukuhan operasi ini ia kelak akan membantu MAG memacu kedudukan mereka pada arena penerbangan. Setelah mencapai matlamat tersebut, barulah pertimbangan berhubung perkongsian strategik MAG akan dilaksanakan bersama pihak berpotensi.

Seperti yang umum ketahui, Khazanah adalah pemegang saham tunggal MAG dan kekalkan pendirian untuk terus menyokong pemulihan MAG melalui suntikan kos berjumlah RM3.6 bilion sehingga 2025 kelak. Setakat ini, sekitar RM1.3 bilion dana telah disalurkan dan proses pemulihan tersebut akan terus dilanjutkan untuk mengimbangi kembali struktur MAG.